Tuesday, June 26, 2012

INI KISAH SAYA^_^

Almost 2 bulan la sunyi sepi blog ni rupanya^-^.
Bnyak menda yang nak kene selesaikan kut dalam tempoh 2 bulan ni
So, tak tau nak mula citer dari mana kut.. hehe banyak sngat perkara yang berlaku kan.. hehe
Tpi tkpe, ayuh kita sama2 refresh apa yang dah berlaku dalam tempoh waktu itu..
F5=Refresh….
Bulan april, masih lagi bergelumang ngan pengajaran dan pembelajaran la dengan para pelajar.
Dalam masa yang sama, masih lagi menunggu keputusan tukar.
Dalam masa yang sama jugak saya dapat surat kene pi PPK yang mana kursus ni penting yang menjadi pra syarat tuk kenaikan pangkat la. Tarikh dia: 16 mei-28 mei! (12 hari) di Quality Hotel
Oppsss… 16 mei adalah tarikh utk mengetahui keputusan tukar! ~ dalam hati resah gelisah dh susah hati~emmm..
Tkpelah, sila la menunggu dengan penuh kesabaran dan debaran. ^-^
F5=Refresh….
28 april= birthday my sister yang blajar kat UK.
Buat smthing special which is video mengenai dia la. Sent ikut email je, mudah dan cepat ^_*. Nak pos bagai jauh plak plus lmbat nak smpai. So,saya menggunakan teknologi la.. hehe nama pn pensyarah IT

Pertengahan bulan mei sebelum pi kursus, balik Melaka dulu jmpe suami tercinta ^_^
naik bus la sebab tak tau jalan kut plus jalan mcm membahayakan kalau sorang2 nak drive. Daripada suami membebel2 marah baik naik bus je. Hehe
Week nak gi kursus dah sibuk2 dah nak bawak barang apa, baju wape banyak. Kan dah lama kursus kene la bawak kelengkapan yang mencukupi. Hehe
Dalam masa yang sama, hati berdebar2 menantikan keputusan pertukaran. Penantian satu penyeksaan kut. Huhu

Malam 15 mei, kawan sms mengatakan result tukar dah kuar! OMG!!
Alamak!Laptop tinggal kat kolej.
Col suami nak mntak semak, suami ada kat luar. Ala.. mcm mana ni??
Mata terus tertacap pada iphone comey saya. Hehe
Sila teka apa yang saya nak buat??
On safari > taip laman webesis > masuk kata laluan bagai > oh, saya Nampak link result tukar >klik tanpa fikir dengan tangan terketar2 kut > dalam skrin iphone tu saya nmpak result saya adalah tempat yang yang saya mohon! > terkejut lagi kut smbil airmata gembira membasahi mata saya. Alhamdulilah

Terus col suami dalam nada terketar2 gembira tu. Haha
Lepas col suami, col family kat Terengganu, cakap ngan ibu: Ibu, kakak dapat tukar!< dalam nada sebak gembira> haha
Sms adik kat cherating berkongsi khabar gembira itu.
Kemudian khabar gembira ini saya sampaikan menerusi iphone ke ipod dgn imsg dengan adik di UK. Haha, jauh merentasi benua berita gembira ini^_*
Kelakar kut kalu ingat kembali keadaan suasana itu.. hahaha < nak tergelak sendirian :d>

Alamak2, esok nak pi PPK 2 minggu. Kene lapor diri 1 jun kat tempat baru. barang tak kemas lagi, mcm panic jap kut pk. Terus dah siap kemas barang nak pi kursus dengan 2 beg baju, sempat la kemas barang2 skit dalam rumah tu.
Esok pi keje dengan muka bersinar2 bercahaya..hikhik kene settle soalan exam dulu sbelum pi kursus. Jumpe ketua jabatan inform mengenai pertukaran dan mintak pandangan la apa yang perlu dibuat. Dalam kekalutan nak pi kursus itu, sempat la siapkan surat penangguhan utk lapor diri. Faks ke kolej baru utk makluman diorang.
Tgahri bergerak ke tempat kursus, ok nadhirah, sila setkan minda anda utk focus pada kursus ini.. huhu

Dalam tempoh kursus tu, smpat la calling2 utk settle mana yang perlu.
Suami, adik lelaki yang kerja kat cherating adalah org sangat banyak membantu dalam perpindahan ini. Thanks, jasa anda dikenang ^-^.
Balik kursus, settle tukar alamat surat menyurat, kemas2 barang bagai. Alamak! Kenapa barang saya mcm banyk je ni?? Hahaha

Lori smpai 2 jun ptg utk angkut sume barang2 besar ke cherating. Kat Melaka suami tinggal di kuarters, so barang2 sume dh ada. Oleh kerana rumah adik lelaki tu kosong lagi, bagi jela
barang2 utk memenuhkan rumah dia. Thanks Afiq^_*
Dalam masa seminggu yang tinggal perlu settle banyak la menda la. Ditakdirkan nadhirah ni banyak barang, lagi pening nak letak mana. Hahaha
Alhamdulilah, dalam kekalutan tuh reset la mana2 yang tak perlu masuk plastic beg hitam la. Hehe

Rabu, hari akhir ada majlis perpisahan. Lemah saya kalu kena bagi speech ni. Hehe wlpn keja pensyarah tapikalu kene bagi ucapan berdebar jugak. Mcm biasa, redah jela kut. Tapi pensyarah
ni kalau dh dapat microfone lupa dunia jap kut. Kehkeh ;)
Say goodbye kepada rakan2 yang sama2 jatuh bangun. Temerloh akan senantiasa dihati saya^-^

Khamis ada sehari lagi nak settle apa yang perlu la sambil tunggu suami smpai dari tempat
kursus dia di UIA. Serabut kut sebab tak dapat dipastikan adakah muat 2 kereta barang2 nih. Huhu
Alhamdulilah, jumaat penghulu segala hari tiba dengan penuh keberkatan. Encik suami adalah tulang belakang yang menyusun barang2 yang banyak bagai itu ke dalam 2 kereta. Isteri dia bagi
sokongan je smbil kene tadah telinga pembebelan sebab barang yang banyak. Hikhik

Selesai semua, bersedia untuk meninggalkan tempat jatuh bangun dalam 3 tahun ini. So sad la kan jauh disudut hati. Saya bertukar bukan kerana kerja di temerloh tak best, tapi sebab nak mengikut suami tercinta, dimana ada suami disitu la perlu ada isteri kan.Banyak memori indah pahit manis disini yang akan tersimpan kemas dalam kotak memori ingatan saya, insyallah. Alhamdulilah, Ya Allah mempermudahkan segalanya..
Semoga segalanya dipermudahkn di tempat baru disamping suami tercinta^_^
Melaka here we come^_^

No comments:

Post a Comment