Tuesday, June 26, 2012

INI KISAH SAYA^_^

Almost 2 bulan la sunyi sepi blog ni rupanya^-^.
Bnyak menda yang nak kene selesaikan kut dalam tempoh 2 bulan ni
So, tak tau nak mula citer dari mana kut.. hehe banyak sngat perkara yang berlaku kan.. hehe
Tpi tkpe, ayuh kita sama2 refresh apa yang dah berlaku dalam tempoh waktu itu..
F5=Refresh….
Bulan april, masih lagi bergelumang ngan pengajaran dan pembelajaran la dengan para pelajar.
Dalam masa yang sama, masih lagi menunggu keputusan tukar.
Dalam masa yang sama jugak saya dapat surat kene pi PPK yang mana kursus ni penting yang menjadi pra syarat tuk kenaikan pangkat la. Tarikh dia: 16 mei-28 mei! (12 hari) di Quality Hotel
Oppsss… 16 mei adalah tarikh utk mengetahui keputusan tukar! ~ dalam hati resah gelisah dh susah hati~emmm..
Tkpelah, sila la menunggu dengan penuh kesabaran dan debaran. ^-^
F5=Refresh….
28 april= birthday my sister yang blajar kat UK.
Buat smthing special which is video mengenai dia la. Sent ikut email je, mudah dan cepat ^_*. Nak pos bagai jauh plak plus lmbat nak smpai. So,saya menggunakan teknologi la.. hehe nama pn pensyarah IT

Pertengahan bulan mei sebelum pi kursus, balik Melaka dulu jmpe suami tercinta ^_^
naik bus la sebab tak tau jalan kut plus jalan mcm membahayakan kalau sorang2 nak drive. Daripada suami membebel2 marah baik naik bus je. Hehe
Week nak gi kursus dah sibuk2 dah nak bawak barang apa, baju wape banyak. Kan dah lama kursus kene la bawak kelengkapan yang mencukupi. Hehe
Dalam masa yang sama, hati berdebar2 menantikan keputusan pertukaran. Penantian satu penyeksaan kut. Huhu

Malam 15 mei, kawan sms mengatakan result tukar dah kuar! OMG!!
Alamak!Laptop tinggal kat kolej.
Col suami nak mntak semak, suami ada kat luar. Ala.. mcm mana ni??
Mata terus tertacap pada iphone comey saya. Hehe
Sila teka apa yang saya nak buat??
On safari > taip laman webesis > masuk kata laluan bagai > oh, saya Nampak link result tukar >klik tanpa fikir dengan tangan terketar2 kut > dalam skrin iphone tu saya nmpak result saya adalah tempat yang yang saya mohon! > terkejut lagi kut smbil airmata gembira membasahi mata saya. Alhamdulilah

Terus col suami dalam nada terketar2 gembira tu. Haha
Lepas col suami, col family kat Terengganu, cakap ngan ibu: Ibu, kakak dapat tukar!< dalam nada sebak gembira> haha
Sms adik kat cherating berkongsi khabar gembira itu.
Kemudian khabar gembira ini saya sampaikan menerusi iphone ke ipod dgn imsg dengan adik di UK. Haha, jauh merentasi benua berita gembira ini^_*
Kelakar kut kalu ingat kembali keadaan suasana itu.. hahaha < nak tergelak sendirian :d>

Alamak2, esok nak pi PPK 2 minggu. Kene lapor diri 1 jun kat tempat baru. barang tak kemas lagi, mcm panic jap kut pk. Terus dah siap kemas barang nak pi kursus dengan 2 beg baju, sempat la kemas barang2 skit dalam rumah tu.
Esok pi keje dengan muka bersinar2 bercahaya..hikhik kene settle soalan exam dulu sbelum pi kursus. Jumpe ketua jabatan inform mengenai pertukaran dan mintak pandangan la apa yang perlu dibuat. Dalam kekalutan nak pi kursus itu, sempat la siapkan surat penangguhan utk lapor diri. Faks ke kolej baru utk makluman diorang.
Tgahri bergerak ke tempat kursus, ok nadhirah, sila setkan minda anda utk focus pada kursus ini.. huhu

Dalam tempoh kursus tu, smpat la calling2 utk settle mana yang perlu.
Suami, adik lelaki yang kerja kat cherating adalah org sangat banyak membantu dalam perpindahan ini. Thanks, jasa anda dikenang ^-^.
Balik kursus, settle tukar alamat surat menyurat, kemas2 barang bagai. Alamak! Kenapa barang saya mcm banyk je ni?? Hahaha

Lori smpai 2 jun ptg utk angkut sume barang2 besar ke cherating. Kat Melaka suami tinggal di kuarters, so barang2 sume dh ada. Oleh kerana rumah adik lelaki tu kosong lagi, bagi jela
barang2 utk memenuhkan rumah dia. Thanks Afiq^_*
Dalam masa seminggu yang tinggal perlu settle banyak la menda la. Ditakdirkan nadhirah ni banyak barang, lagi pening nak letak mana. Hahaha
Alhamdulilah, dalam kekalutan tuh reset la mana2 yang tak perlu masuk plastic beg hitam la. Hehe

Rabu, hari akhir ada majlis perpisahan. Lemah saya kalu kena bagi speech ni. Hehe wlpn keja pensyarah tapikalu kene bagi ucapan berdebar jugak. Mcm biasa, redah jela kut. Tapi pensyarah
ni kalau dh dapat microfone lupa dunia jap kut. Kehkeh ;)
Say goodbye kepada rakan2 yang sama2 jatuh bangun. Temerloh akan senantiasa dihati saya^-^

Khamis ada sehari lagi nak settle apa yang perlu la sambil tunggu suami smpai dari tempat
kursus dia di UIA. Serabut kut sebab tak dapat dipastikan adakah muat 2 kereta barang2 nih. Huhu
Alhamdulilah, jumaat penghulu segala hari tiba dengan penuh keberkatan. Encik suami adalah tulang belakang yang menyusun barang2 yang banyak bagai itu ke dalam 2 kereta. Isteri dia bagi
sokongan je smbil kene tadah telinga pembebelan sebab barang yang banyak. Hikhik

Selesai semua, bersedia untuk meninggalkan tempat jatuh bangun dalam 3 tahun ini. So sad la kan jauh disudut hati. Saya bertukar bukan kerana kerja di temerloh tak best, tapi sebab nak mengikut suami tercinta, dimana ada suami disitu la perlu ada isteri kan.Banyak memori indah pahit manis disini yang akan tersimpan kemas dalam kotak memori ingatan saya, insyallah. Alhamdulilah, Ya Allah mempermudahkan segalanya..
Semoga segalanya dipermudahkn di tempat baru disamping suami tercinta^_^
Melaka here we come^_^

Friday, April 13, 2012

warna warni kehidupan :)

Ada satu cerita kehidupan yang sangat menarik untuk dikongsi, cuba anda telusuri dulu penceritaan kehidupan ini .ada dua watak je yang terlibat iaitu suami dan isteri. Jom, kita baca kisah ini:)

Isteri : abg, best jugak kan arini kita masak nasi ayam.
Suami : yela, abg pn dh lama tak masak nasi ayam sejak balik dari belajar di oversea dulu.
Isteri: tapi kan, saya dah lupa kut cmna nak masak nasi ayam tu sebab dah lama tak masak nasi ayam. Nt abg bantu ok kat dapur.
Suami : orait jew (excited plak si suami nak membantu isteri)
Isteri : (dalam hati), ok la suami ada nk bantu kalu lupa bahan2..heee

Setelah semua barang yang diperlukan tersedia di dapur, isteri pun mengajak suami memasak skali. Oleh kerana kelemahan suami tak reti potong ayam yang dibeli seekor, maka isteri “berperang” dulu la dengan ayam tersebut.

Isteri : Abg, ayam dh siap ni. Jom masak. ( menjerit manja isteri dari dapur)
Suami: Jap2.
Isteri : suami aku ni nak masak ke tak? Kalau tunggu esok pn tk menjadi lagi nasi ayam ni. (berkata-kata isteri di dalam hati)

Maka isteri pn memulakan langkah memasak nasi ayam tanpa suami yang sedang leka menonton TV. Merebus ayam dulu dengan bahan yang tersedia. Sambil menunggu air rebusan ayam tersedia, isteri menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi, sup. Tiba –tiba
suami muncul di dapur.

Suami: dah siap ke bahan2 dan rebus ayam?
Isteri: ayam tgah rebus, bahan-bahan lain dah siap dah.
Suami: ok, bgus la dh siap sedia.
Isteri: kalau tunggu abang, tak makan la nasi ayam kita arini ( dengan nada menyindir)
Suami: hehehe..
Isteri: beras dh tos nih, cube abang tlg amik periuk nasi letak kat atas dapur( jadi queen control jap isteri dengan memberikan arahan)
Suami: ok, planta dah masuk nih, rempah ratus dan bahan2 dah ada kan?
Isteri: yela, dah panas dah periuk, tumis bahan ni dulu la.

Sambil si suami membantu mengacau bahan tumisan tadi, si isteri memasukkan bahan- bahan lain sambil mengambil beras yang telah di basuh. Utk air rebusan yang perlu dimasukkan ke
dalam periuk, berlaku perbincangan berapa banyak sukatan yang sesuai perlu
dimasukkan.

Suami: abang rasa 2 pot cukup dah kut.
Isteri: tapi mcm sikit je air rebusan ni, kita tambah skit lagila kut?
Suami: nt lembik plak nasi.

Setelah perbincangan didepan periuk tumisan td, maka tercapai la kata sepakat sukatan yang tepat..hehehe

Suami: ok, abang dah masak nasi ni.( sambil meletakkan periukdidalam tempat memasak letrik)
Isteri: ok, nasi dh sudah.
Suami: meh abang perap ayamrebusan dengan kicap. (lalu si suami mengacau2 ayam dengan kicap)Dah siap dh keje abang nih. (dengan penuh lagak gaya mcm chef)

Belum pun isteri cakap ok,suami dah tkde kat dapur dah. Aish, suami aku ni( berkata isteri di dalam hati). Lalu isteri pun menyambung kerja memasak dengan kerja seterusnya iaitu
sup.Selang 10 minit, si suami muncul semula di dapur gaya lagak bos yang mengawasi pekerjanya.

Suami: sup dah siap ke?
Isteri: dah la en abang.
Suami: jom kita buat sambal lada utk nasi ayam kita nih.
Isteri: bahan dah siap sedia, abang tlng blend je ok.
Suami: orait ( sambil tangannya meletakkan bahan2 di dalam pengisar)

Isteri pulak menyambung mengacau sup smbil menjeling melihat si suami di sebelah menyiapkan sambal lada sambil-sambil melayan rasa sambal lada yang dikisar suami.

Suami: sedapnya sambal lada yang abang buat ni..( sambil berlagak mcm cher tersohor)
Isteri: yela, mmg sedap dah.
Suami: ayam belum goreng lagi, meh abang tlg gorengkan.
Isteri: sila2 ( sambil tersenyum riang ada pembantu yang nak membantu)

Selang 15 minit, nasi ayam sudah masak, ayam telah digoreng, sambal lada dan kicap telah tersedia.

Suami: salad, tomato, timun dah potong?
Isteri : belum lagi, jap lagi saya buat, nak basuh pinggan mangkuk dulu ni.

Tanpa mengendahkan si isteri yang sedang membasuh pinggan mangkuk yang bnyak, si suami menghilang ke ruang tamu meyambung menonton tv.

Suami: jom makan, abang lapar dh la. (menjerit manja si suami membuat request pada isteri di dapur)
Isteri: jap, nak hidang kat meja.

Selang 10 minit si isteri memanggil suami untuk makan nasi ayam yang telah mereka berdua siapkan.

Suami: emm… sedapnya nasi, sup, sambal lada yang abang buat dan abang masak ni.
Isteri: eh, abang masak semua nih ke??? Dah tuh td saya bukan masak jugak ke kat dapur tuh?
Suami: eh, yela kan, tapi sapa yang masak sedap ni? Abang la kan2?

Dengan nada merajuk si isteri pn memberi kemenangan kepada suaminya dengan berkata:
Isteri: yela, abang tu chef utama saya ni chef kedua je, yang kerja-kerja belakang tabir tuh , saya
sediakan. abang la masak sedap ni.

Lalu si suami menyedari kesilapan dan keterlanjuran lagak gayanya telah berkata dengan nada memujuk,

Suami: mana ada la, kita kan sama2 masak tdi, sebab tulah nasi ayam yang kita masak ni sedap kan? Yang penting kerjasama memasak sehingga menjadi nasi ayam, betul tak?
Isteri: tau pun, oleh sebab itu, abang tak boleh berlagak abang je yang masak tau.
Lalu kedua-dua suami dan isteri ini menikmati nasi ayam yang dimasak dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.

Mungkin anda pernah melalui pengalaman ini. Warna warni kehidupan beginilah yang menyebabkan kesinambungan hidup rumah tangga penuh dengan canda tawa. :)

Thursday, March 22, 2012

update story :)

heee, almost a month tanpa khabar berita, kehidupan? so many things la happen dalam sebulan masa nih, tapi kehidupan seperti biasa je la, pi keje bekerja balik keja..
tapi...
dalam sebulan nih 2 kali dh balik terengganu= perasaan gembira la:-D
ye la mmg ada penyakit iaitu homesick walaupn dh jadi isteri org.. haha < ok jngan gelak tau>
hehe..
ala, tak kronik mana pun penyakit nih kut, kan?
ye la, sila angkat tangan sapa yang duduk jauh dari family, yang rindu kat family or kg?
opsss, napa saya je yg angkt tangan nih:-?..huhu
never mind la, tapi for sure serius paling seronok dalam hidup adalah
balik kampung la.. dapat jmpe ayah, ibu, adik, makan sedap2, jenjalan kat kawasan kg halaman.
hehehe.. setuju tak???
apa lagi yang berlaku eh dalam sebulan nih?
ting! saya dapat satu gadjet baru! < sila clap ur hand:)>
sila teka apa? hehehe
jawapan ada pada next post ok;)
suka dan suka lagi sebab dah lama kut asyik duk ushar ke gadjet nih< jap, leh panggil gadjet ke?>
emmm...:-?
lagi apa eh, cuti skolah jugak berlaku dalam sebulan nih.. hehe
so, walaupun saya nih tkde cuti sek, tapi saya nak ngada2 jugak nak cuti.. hehe
sebab suami cuti time nih je, isteri dia pn sibuk jugak nak cuti..
hikhik < sila jngan jelos>
cuti sekolah pn satu citer lagi,
next post la citer boleh tak??
sebab bnyak citer tau cuti sek tuh..
nt gosip dalam next post la..
adakah dibenarkan??:-?
so ni update jela kut kan..
nt next post i'll story morry lagi dengan detail apa yang berlaku dalam sebulan nih
heee...:)
till then, adiosa;)

Thursday, February 16, 2012

5 month ord be a wife to a good husband:)

alhamdulilah,
sedar tak sedar dah 5 bulan dh jadi isteri kepada suami yang disayangi:)
perasaan?
gembira, ceria, penuh dengan perasaan rindu kat suami,
sebab dia?
kami duduk jauh antara satu sama lain
oleh kerana kekangan kerja.
seorang di melaka.
seorang di temerloh.
camane tuh?
setakat ni kami ok je.
komunikasi la yang paling penting
ada telefon, ada sms so sila la gunakan:)
nothing change a lot.
cume kadang2 tgk orang lain duduk sekali suami isteri
jelos la jugak
tapi cepat2 muhasabah diri, sila la sabar ye nadhirah.. huhu
dat time will come soon:)
insyallah..
ok, sedang menunggu hujung minggu nih utk jmpe suami
ari2 kira hari yang ada di kalendar..
supaya jumaat menjelmalah secepat yang mungkin :)
sebab kekangan kerja jugak
kadang kala ada la jugak dalam 2 minggu tak jmpe suami
nak buat mcamana
setakat nih perlukan kesabaran la
dan setakat hari ni, dah 5 bulan kawin sabar dan sabar lagi:)
selalu berdoa
suatu hari nt(dunno when)
akan tiba hari dan ketikanya
dapat sama2 tinggal sebumbung dengan suami tercinta:)
aminnn...