Friday, May 27, 2011

nota kasih di hari lahir

kutitipkan nota kasih ini untuk insan yang disayangi dalam kehidupan ini. alhamdulilah masih lagi di beri kesihatan yang baik di hari lahirku ini, 26 MEI 2011. terasa baru semalam riang ria menjadi kanak2, terasa baru semalam mendengar ajaran seorang guru, rasanya baru semalam berhempas pulas menyiapkan tugasan untuk di hantar kepada pensyarah. cepatnya masa indah itu berlalu. 25 tahun menjengah alam dunia ini. alhamdulilah, Allah menghadiahkan insan-insan yang menyayangi diri ini.


Teristimewa buat ayah,
terima kasih sentiasa ada walau susah atau senang disamping kakak. @sengihnampakgigi
kenangan paling indah bersama ayah ketika kita menunaikan umrah 2 tahun yang lalu. indahnya bersama-sama melaksanakan tawaf di dataran kaabah, melakukan sa'i bersama, berada di bumi madinah dan madaain salleh. terima kasih ayah memberikan pengalaman indah ini pada usia kakak yang masih muda.
@raya@sengihnampakgigi


Teristimewa untuk ibu,
di kala kakak terasa kesedihan, ibu ada memberikan ketenangan. tika dan saat kakak bergembira, ibu ada memberikan pelukan tahniah. terima kasih ibu sentiasa ada membantu dan berkongsi rasa. walaupun kakak selalu je degil masa kanak2 dulu, ibu sentiasa sabar mendidik sehingga kakak menjadi seorang insan berjaya sekarang.
@sengihnampakgigi


Teristimewa buat adikku sayang, Mohd Afiq.
thanks owaiz je sudi jadi driver keta kakak kalu kita balik terengganu sama2. hehehe walaupun kadang2 agak laju jugak bawak my sweetheart, tapi asalkan tidak melebihi had laju ok je.
tak sabar nk turun cherating hang out dengan kamu! sila belanja saya ikan bakar!
@nari@sengihnampakgigi


Teristimewa untuk adikku sayang, Najmiyah.
thanks for da awesome birthday card!@sengihnampakgigi
serius cantik card dari Cardiff, UK nih.. suke dan suke suke lagi! doakan suatu masa nt kakak kamu ni akan sampai ke UK jugak! tak sabar menantikan keberangkatan balik kamu ke malaysia!
@raya


Teristimewa buat adikku sayang, Syakirah.
tak sabar nak balik terengganu n makan jagung bakar di tepian pantai dengan adik! thanks untuk ucapan selamat hari lahir adik! @sengihnampakgigi
sila bersiap sedia untuk hang out bile kakak balik nt! adik kan dah janji nak belanja kakak. suke suke dan suke lagi
@raya


Teristimewa buat En. Tunang,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ini dan menyayangi diri ini. terima kasih kerana sentiasa ada tika susah dan juga senang. doakan kegembiraan untuk kita berdua nanti
@sengihnampakgigi

ikhlas dari hati,
nadhirah binti albadri

3 comments:

  1. weiii nad! mu tunang doh ke??? ngan sape??? jul ke??? tahniah2! hehe... amir jasper

    ReplyDelete
  2. hehe..lame dok dgar kabor mu..nikoh doh ke?? :D

    ReplyDelete