Thursday, September 30, 2010

bertemu cintanya:)

alhamdulilah, akhirnya ofismate, kak nora telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangan sabtu yang lalu, 25 September:)
kitorang berkonvoi ramai2 untuk ke majlis kawin kak nora nih..
tempat: batu pahat johor, dekat2 air hitam
tarikh: 25 hb sept 2010
perjalanan ke kenduri kawin kak nora nih bermula se awal jam 7 pagi..
temerloh- batu pahat dalam 5 jam..
keta yang berkonvoi pagi tu adalah:
  • set2 kk temerloh (2 keta)
  • set2 kk bera(2 keta)
enjoy je perjalanan ke sana..
ahli rumah no 42 taman tualang indah..
kak yush, kak iza n of coz la nad yang comey nih (comey kew?? hehe) merasai naik keta en abbess salimi.. seronok tul journey ni..
mcm2 topik la kitorang borak sepanjang 5 jam perjalanan tuh..
dalam kul 1..
sampai kat rumah kak nora..
excited sngt nak tgk pengantin..
tapi time nih kak nora sedang didandan oleh mak andam, kak ann la.. hehe
cantiknya kak nora:)
kuar gi makan dulu..
lauk kenduri orang johor agak lain la dari kenduri kat ganu..
tapi best!:)
pukul 2 majlis persandingan kak nora..
pelaminnya cantik sngat..
orang jhor= ada tol untuk pengantin lelaki..
first time nih tgk..
cian plak kt pengantin lelaki kene sekat kat beberapa pintu..
berpeluh2 dia..hehe
kak nora= cantiknya:)
acara merenjis dimulakan.. tapi set2 konvoi kene pulang awal la..
amik gambar dulu dgn pengantin yang cantik:)
gerak pulang ke temerloh dalam pukul 4 ptg..
bahagianya tgk kak nora..
akhirnya.
dia bertemu dgn cintanya:)
tahniah kak nora:)
bab kata orang tua2..
JODOH ITU KETENTUAN TUHAN..

"Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.
Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman."
(from ILuvIslam.com) :)

No comments:

Post a Comment