Friday, April 13, 2012

warna warni kehidupan :)

Ada satu cerita kehidupan yang sangat menarik untuk dikongsi, cuba anda telusuri dulu penceritaan kehidupan ini .ada dua watak je yang terlibat iaitu suami dan isteri. Jom, kita baca kisah ini:)

Isteri : abg, best jugak kan arini kita masak nasi ayam.
Suami : yela, abg pn dh lama tak masak nasi ayam sejak balik dari belajar di oversea dulu.
Isteri: tapi kan, saya dah lupa kut cmna nak masak nasi ayam tu sebab dah lama tak masak nasi ayam. Nt abg bantu ok kat dapur.
Suami : orait jew (excited plak si suami nak membantu isteri)
Isteri : (dalam hati), ok la suami ada nk bantu kalu lupa bahan2..heee

Setelah semua barang yang diperlukan tersedia di dapur, isteri pun mengajak suami memasak skali. Oleh kerana kelemahan suami tak reti potong ayam yang dibeli seekor, maka isteri “berperang” dulu la dengan ayam tersebut.

Isteri : Abg, ayam dh siap ni. Jom masak. ( menjerit manja isteri dari dapur)
Suami: Jap2.
Isteri : suami aku ni nak masak ke tak? Kalau tunggu esok pn tk menjadi lagi nasi ayam ni. (berkata-kata isteri di dalam hati)

Maka isteri pn memulakan langkah memasak nasi ayam tanpa suami yang sedang leka menonton TV. Merebus ayam dulu dengan bahan yang tersedia. Sambil menunggu air rebusan ayam tersedia, isteri menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi, sup. Tiba –tiba
suami muncul di dapur.

Suami: dah siap ke bahan2 dan rebus ayam?
Isteri: ayam tgah rebus, bahan-bahan lain dah siap dah.
Suami: ok, bgus la dh siap sedia.
Isteri: kalau tunggu abang, tak makan la nasi ayam kita arini ( dengan nada menyindir)
Suami: hehehe..
Isteri: beras dh tos nih, cube abang tlg amik periuk nasi letak kat atas dapur( jadi queen control jap isteri dengan memberikan arahan)
Suami: ok, planta dah masuk nih, rempah ratus dan bahan2 dah ada kan?
Isteri: yela, dah panas dah periuk, tumis bahan ni dulu la.

Sambil si suami membantu mengacau bahan tumisan tadi, si isteri memasukkan bahan- bahan lain sambil mengambil beras yang telah di basuh. Utk air rebusan yang perlu dimasukkan ke
dalam periuk, berlaku perbincangan berapa banyak sukatan yang sesuai perlu
dimasukkan.

Suami: abang rasa 2 pot cukup dah kut.
Isteri: tapi mcm sikit je air rebusan ni, kita tambah skit lagila kut?
Suami: nt lembik plak nasi.

Setelah perbincangan didepan periuk tumisan td, maka tercapai la kata sepakat sukatan yang tepat..hehehe

Suami: ok, abang dah masak nasi ni.( sambil meletakkan periukdidalam tempat memasak letrik)
Isteri: ok, nasi dh sudah.
Suami: meh abang perap ayamrebusan dengan kicap. (lalu si suami mengacau2 ayam dengan kicap)Dah siap dh keje abang nih. (dengan penuh lagak gaya mcm chef)

Belum pun isteri cakap ok,suami dah tkde kat dapur dah. Aish, suami aku ni( berkata isteri di dalam hati). Lalu isteri pun menyambung kerja memasak dengan kerja seterusnya iaitu
sup.Selang 10 minit, si suami muncul semula di dapur gaya lagak bos yang mengawasi pekerjanya.

Suami: sup dah siap ke?
Isteri: dah la en abang.
Suami: jom kita buat sambal lada utk nasi ayam kita nih.
Isteri: bahan dah siap sedia, abang tlng blend je ok.
Suami: orait ( sambil tangannya meletakkan bahan2 di dalam pengisar)

Isteri pulak menyambung mengacau sup smbil menjeling melihat si suami di sebelah menyiapkan sambal lada sambil-sambil melayan rasa sambal lada yang dikisar suami.

Suami: sedapnya sambal lada yang abang buat ni..( sambil berlagak mcm cher tersohor)
Isteri: yela, mmg sedap dah.
Suami: ayam belum goreng lagi, meh abang tlg gorengkan.
Isteri: sila2 ( sambil tersenyum riang ada pembantu yang nak membantu)

Selang 15 minit, nasi ayam sudah masak, ayam telah digoreng, sambal lada dan kicap telah tersedia.

Suami: salad, tomato, timun dah potong?
Isteri : belum lagi, jap lagi saya buat, nak basuh pinggan mangkuk dulu ni.

Tanpa mengendahkan si isteri yang sedang membasuh pinggan mangkuk yang bnyak, si suami menghilang ke ruang tamu meyambung menonton tv.

Suami: jom makan, abang lapar dh la. (menjerit manja si suami membuat request pada isteri di dapur)
Isteri: jap, nak hidang kat meja.

Selang 10 minit si isteri memanggil suami untuk makan nasi ayam yang telah mereka berdua siapkan.

Suami: emm… sedapnya nasi, sup, sambal lada yang abang buat dan abang masak ni.
Isteri: eh, abang masak semua nih ke??? Dah tuh td saya bukan masak jugak ke kat dapur tuh?
Suami: eh, yela kan, tapi sapa yang masak sedap ni? Abang la kan2?

Dengan nada merajuk si isteri pn memberi kemenangan kepada suaminya dengan berkata:
Isteri: yela, abang tu chef utama saya ni chef kedua je, yang kerja-kerja belakang tabir tuh , saya
sediakan. abang la masak sedap ni.

Lalu si suami menyedari kesilapan dan keterlanjuran lagak gayanya telah berkata dengan nada memujuk,

Suami: mana ada la, kita kan sama2 masak tdi, sebab tulah nasi ayam yang kita masak ni sedap kan? Yang penting kerjasama memasak sehingga menjadi nasi ayam, betul tak?
Isteri: tau pun, oleh sebab itu, abang tak boleh berlagak abang je yang masak tau.
Lalu kedua-dua suami dan isteri ini menikmati nasi ayam yang dimasak dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.

Mungkin anda pernah melalui pengalaman ini. Warna warni kehidupan beginilah yang menyebabkan kesinambungan hidup rumah tangga penuh dengan canda tawa. :)

No comments:

Post a Comment